Samsung baharu sahaja mengumumkan cip memori 1TB mereka dan cip ini besar kemungkinan akan dimuatkan ke dalam peranti mereka Samsung Galaxy S10.
Storan eUFS keluaran Samsung ini hanya berukuran 11.5mm X 13mm sahaja. Ianya juga antara cip storan terpantas daripada Samsung dengan kepantasan 1000MB/s read dan 260MB/s write. Dengan kepantasan ini fail 5GB video dapat dipindah keluar ke storan SSD lain sekitar 5 saat sahaja.
Untuk perbandingan storan 512GB eUFS daripada Samsung mempunyai kepantasan 860MB/s read dan 255MB/s write. Storan 512GB ini terdapat di variasi Samsung Note 9 sekarang ini.
Ketika ini ramai menjangkakan storan ini akan dimuatkan ke dalam Galaxy S10 dengan 12GB RAM yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.