Misha Omar

Sampai Bila, Misha Omar Buat Peminat Meremang

Ramai netizen mahupun rakan artis merasakan nyanyian Misha omar (sampai bila) yang dipersembahkan pada malam Anugerah Juara Lagu yg ke-33 (#AJL33) memberikan impak yang mendalam pada jiwa semua yang mendengarnya.

Ada yang meremang mendengar kehebatan vokal penyanyi tersebut seperti aura pontianak harum sundal malam kembali menghantui semua. Ada juga yang sama-sama sebak menghayati nyanyian beliau yang dikatakan tembus ke jiwa pendengar ketika itu.

Malah ada juga yang menyifatkan lagu Sampai Bila hasil ciptaan komposer terkenal, Sharon Paul, manakala liriknya yang ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya dan Shah Shamshiri ini mempunyai ciri lagu material juara.

Namun disebalik itu, Misha Omar melalui akaun instagram nya telah berkongsi perasaan gemuruh beliau ketika cuba untuk menghabiskan nota terakhir perkataan CINTA. Beliau ketika itu mengakui telah di bawa emosi dan rasa terharu akan sorakan sokongan dan tepukan hebat daripada penonton yang berada di Axiata Arena, sehingga bimbang bakal menjejaskan mutu nyanyian nya.

Walaubagaimanapun, rata-rata netizen memuji mutu nyanyian beliau dan mengucapkan ribuan tahniah atas kemenangan beliau yang telah memenangi Anugerah Vokal Terbaik AJL-33 sekali gus membawa pulang wang berjumlah RM12,000 berserta trofi.

Tahniah buat Misha Omar.

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon