Mamat Khalid

Kesihatan Mamat Khalid Beri Respon Positif

Siapa yang tak kenal dengan nama besar dalam industri perfileman tanah air kita iaitu Mamat atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid, 56.

Pada 25 Januari lalu, peminat dikejutkan dengan berita tentang keadaan kesihatan beliau yang kritikal akibat masalah paru-paru dan jantung. Dalam usaha memastikan jantungnya kembali stabil, beliau direhatkan selama 48 jam setelah pakar perubatan memutuskan memberikan dos ubat yang membolehkan pengarah terbabit tidur.

Kini, setelah 12 hari ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Petaling Jaya, Mamat Khalid memberi tindak balas yang positif.

Memetik dari sumber, anak keempatnya, Mohd Khalid Amen, 23, kesihatan bapanya itu semakin menunjukkan kemajuan walaupun dos ubat dikurangkan. Ujarnya, doktor memberitahu, biarpun bapanya hanya sekejap membuka mata dan kemudian tidur semula, maklum balas fizikal itu adalah petanda yang sangat baik buat kesihatan bapanya.

Namun, kata Amen, bapanya belum boleh dipindahkan ke wad biasa bagi tujuan pemantauan.

“Sebenarnya sekarang ayah sudah boleh bernafas sendiri, cuma doktor mahu jantungnya terus stabil selain enggan tergesa-gesa membuka alat bantuan pernafasan berkenaan.

“Alhamdulillah, walaupun tempoh kali ini paling lama ayah kami berada dalam ICU, paling penting kesihatannya dapat kembali seperti sedia kala.

“Buat masa ini, sudah tentu kami sekeluarga mahu dia berehat dulu dan berdoa semoga dia sampai betul-betul sembuh,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, dalam mengulas filem terbaru bapanya, Rock 4, yang baru selesai menjalani penggambaran. Amen memaklumkam filem tersebut, kini sudah memasuki proses suntingan.

“Kerja pos produksi, termasuk suntingan, sudah dijalankan dengan saya sendiri menggalas amanah terbabit. Insya-Allah jika tiada aral, filem baharu ayah akan menemui penonton Ogos depan,” ulasnya.

Kami dari team pisangpanas.my mendoakan semoga pengarah hebat Mamat Khalid kembali pulih seperti sediakala dan pastinya kembali berkarya.

Dipetik daripada BH Online

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon