Lana Nodin

Bimbang Anaknya Bakal Mengalami Masalah Bengkak Jantung, Lana Setuju Anaknya Dibedah

William Daud Mckienzie, 3 bulan dijadualkan hari ini menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kerana mengalami masalah injap (Aortic Stenosis).

Anak kedua pelakon Lana Nodin atau nama sebenar Mazlina Hasan Nodin dan pasangannya David Mckinzie atau nama Islamnya, Muhd Daud, terdahulu melalui akaun instagramnya memohon agar semua mendoakan pembedahan anak nya hari ini akan berjalan dengan lancar.

Lana juga meminta maaf dan mengakui berasa serba salah kerana tidak memuat naik gambar dan aktiviti harian William. Namun bagi nya, semua itu disebabkan keperhatinan beliau akan kesihatan William.

William yang mengalami masalah injap aorta yang sempit bakal berdepan masalah jika tidak di bedah. Ini disebabkan injap aorta yang sempit akan memberi bebanan ke atas ventrikal kiri.

Menurut Lana,”William perlu diberi perhatian lebih terutama di dalam menjalani aktiviti harian, di mana dia perlu mengelakkan aktiviti lasak atau berat.
“Kalau pembedahan tidak dilakukan bimbang jantungnya harus bekerja keras dan apabila usia meningkat dia bakal mengalami masalah jantung bengkak.”

Pada yang ingin menyalurkan bantuan, Lana berharap bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang lebih memerlukan. Bantuan boleh disalurkan menerusi akaun atas nama IJN Foundation. Setiap yang menderma juga akan mendapat pengecualian cukai.

Sumber Harian Metro

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon