Keajaiban Buat Anak Lana Nodin

Terdahulu, anak kedua Lana Nodin iaitu William Daud Mckienzie (Billy), 3 bulan, mengalami komplikasi jantung terhenti selama 10 minit pada percubaan pertama pembedahannya.

Namun hari ini, ibu kepada bayi comel ini dapat menarik nafas lega setelah doktor mengesahkan jantung anaknya kembali kuat setelah pembedahan bagi masalah injap sempit (aortic stenosis) di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur telah berjalan lancar.

Memetik dari rakaman ‘insta live’ miliknya, Lana telah dimaklumkan oleh doktor bahawa jantung anaknya dalam keadaan normal dan ini adalah satu keajaiban.

“Syukur anak saya kuat jantungnya tidak ada apa-apa komplikasi dan tidak perlu buat pembedahan lain.”

Lana dan pasangannya juga mengucapkan ribuan terima kasih buat rakan-rakan artis dan peminatnya yang turut sama mendoakan agar pembedahan anaknya itu berjalan lancar dan selamat.

Buat masa sekarang, Billy ditempatkan di Unit Kawalan Rapi (ICU), dan di jangkakan akan berpindah ke wad biasa esok.

Dipetik daripada Lana Nodin

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon