Jep Sepahtu

Moga Bertabah Jep Sepahtu dan Sariyanti

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri bin Zainal Abidin, 34, telah memberi gambaran bahawa isterinya Sariyanti, 35, mengalami keguguran.

“Minggu lepas abah bawa eya teman mama pergi hospital nak tengok adik. Adik eya dah nak masuk 3 bulan dah. Sekali masa check up hari tu doktor bagitahu adik eya dah tak bergerak lagi dah. Doakan mama eya selamat operation harini ya.”

Melalui akaun instagram milik Jep sendiri, beliau memuat naik status.

Dalam tempoh perkahwinannya, beliau telah dikurniakan dengan seorang anak perempuan bernama Dariya Inara pada 26 April 2018 yang kini berusia 10 bulan.

Kini, laman instagram miliknya dibanjiri dengan komen-komen peminat yang memberi sokongan dan ucapan takziah buat pasangan.

Takziah buat Jep dan Sariyanti. Semoga dapat menerima dugaan ini dengan tabah.

Sumber daripada instagram Jepsepahtu

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon