Airpods – Pengalaman Dua Minggu Saya

Apple Airpods. Bentuk seakan earpods tetapi tanpa wayar. Jangan salah sangka walaupon kecik cili api tapi ia memberikan bunyi yang agak menarik.

Dilengkapi dengan chip W1 direka oleh Apple. Ini ialah salah satu sebab terbesar kenapa Apple telah mengambil langkah drastik membuang jack 3.5mm dalam unit terbaru mereka iPhone 7 dan 7 plus.

Airpods ni pairing sangat mudah dengan iPhone. Buka je penutup cover dia tu nanti iPhone tu akan detect. Ok case Airpods tu bukan sebarang case tau. Dia macam powerbank untuk Airpods tu. Agak habis bateri ke atau tak guna letak dalam tu Airpods tu akan di cas. Sepanjang pengunaan saya yang agak kerap dengan membuat panggilan sana sini, dengar muzik bagai boleh sampai 6 hari penggunaan dengan sekali cas. Menarik tak?

Reka bentuk Airpods tu agak unik bagi saya dan idea yang bijak dibuat oleh Apple sebab tak pernah lagi jumpa lagi rekabentuk macam tu.

NAK GUNA DENGAN BUKAN PHONE APPLE?

Ya Airpods ni boleh. Tapi sesetengah fungsi dalam Airpods tu tak dapat digunakan la sebab cip W1 tu untuk Apple sahaja. Biasa la Apple nak kekalkan exclusivity nak bagi korang beli produk lain dorang.

Airpods ni pulak dia agak bijak. Korang buka je daripada telinga muzik akan berhenti (pair dengan Android fungsi ni tak ada). Kalau masuk panggilan ke letak je Airpods dalam telinga dia akan pindahkan bunyi ke dalam Airpods ni. Yang unik lagi bagi saya nak pakai sebelah sahaja pon boleh, bunyi dengar sebelah sahaja dan lagi sebelah tak dengar. Jadi sesuai la nak gayut pakai sebelah je sampai lebam habis je bateri letak lagi sebelah.

KAWALAN?

Pada masa sekarang agak kurang dimana hanya double tap sahaja boleh digunakan. Di mana double tap korang boleh tetapkan nak Play/Pause atau panggil Siri. Tetapi sebenarnya kalau ada iWatch boleh kawal lagu nak ke depan belakang atau volume up dan down.

BUNYI?

Saya tak nak komen lebih benda ni sebab benda ni subjektif. Setiap telinga lain pendapat.

THE BAD?

Bagi saya satu sahaja, kenapa ada warna putih sahaja. Sangat mudah kotor. Nampak habuk-habuk di Airpods tu dengan dalam casing tu kalau korang tak lap atau jaga sebaik mungkin. Kadang-kadang ternampak taik telinga kiri di Airpods tu. Jadi jangan la bagi orang lain pakai biar taik telinga korang je kat situ.

Ini pengalaman saya sendiri dan artikel ini ditulis pertama kali pada 27 April 2017 di Facebook Group.

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon