Tarikh Akhir Daftar ADAM50 Sehingga 31 Mac 2019


Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) adalah program yang diperkenalkan kerajaan untuk semua bayi warga negara Malaysia yang lahir dalam tempoh dari 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022.

Kenapa anda perlu mendaftar?

  • kredit RM 200 secara percuma ke dalam akaun Unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi bumiputera dan Amanah Saham 1 Malaysia bagi bukan bumiputra untuk setiap pendaftaran;
  • Simpanan buat masa depan anak-anak; dan
  • Mendapat 200 unit insentif dan kesemua jumlah dividen yang diperolehi jika dikeluarkan apabila anak mencapai umur 18 tahun

Cara-cara mendaftar

Hanya perlu mendaftar di mana-mana cawangan ASNB atau melalui ejen-ejen ASNB ( Maybank, Maybank Islamic, CIMB, CIMB Islamic, Ambank, Ambank Islamic, RHB, RHB Islamic, Pos Malaysia, dan Affin Bank) di seluruh negara juga sertakan :

  • Dokumen pengenalan diri Ibu / bapa / penjaga berdaftar
  • Mykid bayi, sekiranya Mykid belum diterima, sila sertakan Sijil Kelahiran bayi
  • Jika penjaga berdaftar bukan ibu atau bapa kepada bayi, sila sertakan dokumen sokongan seperti Surat Pertalian darah, Perintah Mahkamah atau lain-lain dokumen yang berkaitan.

Oleh kerana Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) kurang mendapat sambutan,
Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah membuat keputusan untuk menamatkan program ini sejak dari 31 Disember lepas. Namun tempoh mendaftar dipanjangkan sehingga hujung bulan Mac ini.

Buat ibubapa yang belum mendaftarkan bayi mereka dengan program ini, segeralah mendaftar. Mari kita rebut peluang yang diberikan. Tak rugi kan.

Kredit : https://www.mysumber.com/adam50.html

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon