Fenomena Gelombang Haba di Malaysia Punca Kepada Strok Haba

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) sehingga 25 Februari 2019, fenomena gelombang haba di Malaysia mencatatkan suhu maksimum harian pada 35 darjah celcius hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut.

Anda dinasihatkan agar mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti luar terutamanya pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang. Ini kerana pada waktu itu matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas.


Apa itu Strok Haba atau heat stroke?

Strok haba atau heat stroke berlaku apabila suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celsius.

Secara am nya, badan mengeluarkan peluh selepas merasai panas. Ini dikenali sebagai proses penyejukkan badan.

Namun jika hal ini dibiarkan berlarutan, badan akan kehilangan banyak air dan ini membawa kepada pelbagai jenis komplikasi kesihatan antaranya dehidrasi, kerosakan otak, sawan, koma dan seterusnya kematian.

Oleh itu, amalkan meminum air sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari untuk mengelakkan dehidrasi dan pakai pakaian yang memberi penyejatan peluh yang maksimum, iaitu pakaian yang diperbuat dari 100% kapas.

Sumber
Met.gov.my
thevocket

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon