Mikrofon Impian

Sudahkah Anda Menonton Rancangan Mikrofon Impian?

Buat peminat tegar rancangan hiburan yang berkonsepkan nyanyian, pasti anda tertunggu-tunggu untuk menyaksikan rancangan terbaru yang bertajuk ‘Mikrofon Impian’ yang telah bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Mikrofon Impian merupakan sebuah rancangan dimana peserta di minta untuk mengemukakan sejumlah wang yang diingini dan memberikan sebab kenapa sejumlah wang ini harus diberikan kepada mereka sebelum memulakan nyayian.

Disitu lah bermulanya suka duka, rintihan dan suara hati permasalahan di luahkan oleh para peserta. Sememangnya ianya memberikan suasana hiba buat penonton dan para juri.

Namun adat pertandingan, pasti ada kalah dan menang. Juri tetap yang terdiri daripada Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali, penyanyi Fauziah Latiff, Azmi Saat dan seorang juri jemputan diberikan tugas untuk memilih pemenang selepas mereka menyampaikan nyanyian.

Memang sukar dan berat tanggungjawab juri untuk memilih pemenang. Kedua-duanya mempunyai beban dan masalah yang tersendiri.

Walau bagaimanapun, rata-rata memuji rancangan keluaran Astro ini kerana ianya bukan sekadar program nyanyian semata-mata, tetapi sebuah rancangan yang membantu golongan yang memerlukan.

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon