Papagomo

Papagomo Dihadapkan ke Mahkamah Hari Ini.

Hari ini, papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, 36 tahun dihadapkan ke Mahkamah Kajang atas pertuduhan mengasari Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, baru-baru ini.

Beliau yang juga merupakan Exco Pemuda UMNO didakwa oleh pengadu (Syed Saddiq) dicekik oleh Papagomo selain diserang oleh sekumpulan penyokong Barisan Nasional sebaik keluar dari pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang berlangsung di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).

Atas perbuatannya, Papagomo akan didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan yang boleh membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Sumber Astroawani

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon