Fitnah

Fitnah Atau Hanya Bercakap Apa Yang Benar?

Di zaman sosial media menjadi satu medium komunikasi manusia sekarang, kita sering kali senang untuk membuat komen terhadap seseorang baik di Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Ini sering terjadi terutamanya kepada remaja-remaja yang mengambil mudah perkara ini.

Sebagai contoh baru-baru ini kes penyanyi Misha Omar di mana telah dituduh menggunakan sihir untuk memenangi satu kategori di dalam Anugerah Juara Lagu baru-baru ini. Kes ini bermula hanya dengan komen seorang pengguna akaun di Instagram.

Nampak mudah untuk membuat komen tanpa asas yang kukuh tetapi akibatnya badan binasa. Sebagai contoh pada tahun 2000, ahli perniagaan terkemuka, Tan Sri Vincent Tan berjaya memenangi gantirugi sebanyak RM7juta atas fitnah yang telah dilemparkan kepada beliau melalui artikel yang ditulis terhadap beliau.

Fitnah atau ‘Defamation’ adalah kesalahan yang termaktub di dalam Kanun Keseksaan, Seksyen 499 di mana seseorang boleh dipenjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Denda yang dinyatakan di dalam Kanun Keseksaan adalah sangat luas dan bergantung terhadap satu-satu kes tersebut.

Selain daripada itu, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 menyatakan bahawa seseorang boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali jika seseorang itu membuat, memulakan apa-apa komen cadangan atau komunikasi lain yang lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau menyinggung perasaan dengan tujuan untuk mengganggu, menyalahgunakan, mengancam atau mengganggu orang lain.

Maka, anda harus sentiasa berwaspada di sosial media mahupun melalui apa-apa medium. ‘Repost’ sesuatu juga boleh melibatkan anda dengan kebarangkalian untuk didakwa kerana anda telah menyebarkan sesuatu perkara yang tidak benar. Setiap repost atau bahagian pernyataan fitnah adalah penerbitan tambahan, dan setiap individu yang terlibat boleh dinamakan dalam tuntutan mahkamah oleh mangsa, dan didakwa oleh kerajaan juga baik sebagai kes jenayah atau sivil. Ya, 900 perkongsian bermakna 900 orang boleh didakwa.

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon