Huawei P30 Pro Leaked

Huawei P30 Pro Dengan Kamera Petak Tersebar

Majlis pelancaran Huawei P30 akan dibuat pada akhir bulan ini. Tetapi kini telah tersebar gambar yang jelas berkenaan telefon yang dikatakan Huawei P30 Pro.

Gambar yang tersebar ini sepadan dengan maklumat dan gambar yang dikongsikan oleh Roland Quandt sebelum ini, iaitu 3 kamera belakang yang disusun menegak. Ia bukan sahaja menunjukkan susunan 3 kamera menegak. Malah, kamera yang di bawah sekali berbentuk empat segi, bukan bulatan. Lensa berbentuk empat segi ini mungkin serupa dengan teknologi kamera 10x zum lossless oleh Oppo.

Perkara ini juga selaras dengan petunjuk yang diberikan Huawei dalam iklan majlis pelancaran Huawei P30. Ia menunjukkan Menara Eiffel boleh dizum begitu dekat sekali, mahu menyatakan kuasa zum yang amat tinggi.

Dari gambar yang dikongsi Roland, Huawei P30 memiliki lensa Leica dengan jarak fokal 16-125mm, bersamaan dengan zum 7.8x. Tidak diketahui sama ada zum ini optikal atau hibrid dengan kuasa lossless.

Selain itu, Huawei P30 Pro juga dijangka dilengkapi LED Flash yang baru, serta sensor tambahan Time-of-Flight (ToF). Sensor ToF boleh mengesan kedalaman secara 3-dimensi dengan lebih tepat dan jitu.

Huawei P30 Pro bakal dikuasakan cip Kirin 980 yang sama dengan Mate 20, dengan skrin bertakuk kecil titisan air. RAM dari 6GB dan storan dari serendah 128GB bakal ditawarkan bersama. Telefon ini juga dikatakan tidak memiliki pengimbas capjari fizikal, kerana ia akan menggunakan pengimbas capjari di dalam skrin.

Rupa telefon sememangnya tidak banyak berubah, tetapi kuasa kamera mudahalih makin hari semakin padu. Adakah anda akan mendapatkan Huawei P30 Pro jika begini rupanya?

[Sumber: PhoneArena]

Artikel Rupa jelas Huawei P30 Pro dengan kamera petak tersebar muncul pertama kali di SoyaCincau.com.

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon