MediaTek Sedang Bangunkan CPU 7nm Berkemampuan 5G

MediaTek mungkin satu jenama yang tidak digemari dalam telefon pintar. Tapi mereka tetap tak putus asa untuk jadi alternatif kepada Qualcomm agar pesaing mereka itu tidak beroleh monopoli eksklusif yang akhirnya merugikan pengguna. Dalam perkongsian terbaru, pihak MediaTek mengesahkan mereka akan menghasilkan CPU 7nm yang miliki teknologi 5G tak lama lagi.

Menurut mereka, ia akan lebih berkuasa berbanding Helio P90 yang dibangunkan dari acuan 12nm beserta pemproses AI.

MediaTek miliki modem 5G mereka sendiri

Ia tidak mengejutkan kerana MediaTek juga miliki modem 5G mereka sendiri iaitu M70 dan tidak perlu melesenkan modem dari Qualcomm. Turut dimaklumkan adalah teras Cortex-A76 yang digunakan dalam Helios P90, teras yang sama dalam Snapdragon 855.

Apabila ditanya bilakah ia akan muncul dalam telefon, mereka menjangkakan pertengahan tahun 2020.

Sumber Android Authority

Dipetik daripada Soya Cincau

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon