Maxis Yang Pertama Mulakan Ujian Dunia Nyata 5G Di Malaysia

Apabila diaktifkan untuk pengguna di Malaysia kelak, 5G akan memberikan kelajuan internet 100 kali lebih pantas (secara theori) berbanding yang ditawarkan 4G selain tahap latensi yang rendah.

Kelajuan yang dijanjikan dalam rangkaian 5G sebenarnya perlu untuk merealisasikan matlamat IOT (Internet of Things) di mana setiap peranti contohnya penyaman udara pintar, kipas dan lampu pintar, peti ais pintar dapat memberikan maklum balas pantas.

Latensi yang rendah adalah kunci utama pada gerbang IOT kerana peranti berhubung perlu bergerak balas dengan input sekeliling dalam sekelip mata dan teknologi 4G masa ini tidak mampu memberikan kepantasan perpindahan data yang mencukupi.

Dengan implementasi rangkaian 5G seluruh dunia kelak kita bakal melihat pelbagai peranti pintar yang kita gunakan dalam kehidupan kita bakal diperkenalkan dan dijual di kebanyakan kedai.

https://youtu.be/6jcclMDjb_8

Maxis adalah yang pertama mengaktifkan rangkaian 4G mereka di Malaysia dan nampaknya mereka sekali lagi ingin menjadi yang pertama untuk mengulanginya bagi rangkaian 5G.

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon