Redmi Note 7 dan OPPO F11 Pro Rebut Tarikh Pelancaran

Tak lama lagi, dua midrange yang miliki spesifikasi yang agak mantap akan tiba di Malaysia. Dua produk itu adalah Redmi Note 7 dan juga OPPO F11 Pro yang kedua-duanya miliki kamera belakang 48MP. Menariknya, kedua-dua telefon ini akan diumumkan pada hari yang sama di Malaysia iaitu 19 Mac 2019.

Redmi Note 7

Ini adalah antara produk pertama daripada jenama Redmi selepas bergerak secara solo. Walau bagaimanapun, ia masih menggunakan saluran pemasaran Xiaomi dan ingin dikenali sebagai subjenama dan bukan satu siri telefon dari Xiaomi.

Antara kunci pelaris Redmi Note 7 sudah tentu pada harganya. Sekian lama, siri Redmi Note memang terkenal dengan penawaran telefon midrange pada harga sangat kompetetif. Hanya sejumlah telefon seperti ZenFone Max Pro M1/M2 ataupun pendatang baru, Realme dilihat mampu menggoyahkan cengkaman pasaran midrange Redmi Note.

Kemudian, ia dilaporkan hadir dengan kamera 48MP dengan kamera sokongan 5MP untuk bokeh. Selfie pula diambil dengan kamera 13MP.

Ia adalah sebuah telefon bersaiz 6.3″ HD penuh dengan notch dan dibekalkan bateri 4,000mAh. Di papan utama, anda boleh temui CPU Snapdragon 660, RAM sehingga 6GB serta storan sehingga 64GB.

Spesifikasi Redmi Note 7

Paparan 6.3″
HD+ Penuh
Pemproses Snapdragon 660
RAM 3GB
4GB
6GB
Storan 32GB
64GB
Sistem Operasi Tiada Maklumat
Kamera belakang 48MP
5MP
Kemera depan 13MP
Bateri 4,000mAh
QC4.0

OPPO F11 Pro

OPPO F11 Pro dilancarkan di India awal bulan Mac 2019. Uniknya telefon ini adalah ia tiada notch dan miliki paparan berbingkai nipis seragam di semua sisi. Kamera depan 16MP disembunyikan dalam mekanisme mekanikal yang terpacul keluar apabila diaktifkan.

Bahagian pengimejan telefon ini juga dilengkapi kamera belakang 48MP dan dibantu oleh kamera 5MP untuk simulasi bokeh. Di atas papan utama ada CPU Helio P70, RAM 6GB, dan storan 64GB.

Bahagian mukanya diberkan panel 6.5″ HD Penuh dan dibekalkan bateri 4,000mAh tapi diisi melalui port mikro-USB. Baterinya boleh dicas pantas menggunakan teknologi proprietari SuperVOOC 3.0 yang mengepam 20W tenaga masuk.

Spesifikasi OPPO F11 Pro

Paparan 6.5″
HD Penuh
LCD
Pemproses Helio P70
RAM 6GB
Storan 64GB
Sistem Operasi ColorOS 6
Android 9 Pie
Kamera belakang 48MP F1.75
5MP
Kemera depan 16MP
Bateri 4,000mAh
VOOC 3.0 20W

Perbezaan

  • Redmi Note 7 Pro menggunakan sensor 48MP Samsung manakala OPPO F11 Pro menggunakan sensor Sony.
  • Snapdragon 660 menguasakan Redmi Note 7 Pro manakala OPPO F11 Pro dikuasakan Helio P70.
  • OPPO F11 Pro ada kamera selfie 16MP berbanding 13MP pada Redmi Note 7 Pro.
  • Hanya ada satu varian OPPO F11 Pro (RAM 6GB + storan 64GB) tapi Redmi Note 7 Pro ada varian dari RAM 3GB + storan 32GB hingga RAM 6GB + storan 64GB.
  • Kedua-dua telefon ada pengecasan pantas tapi hanya Redmi Note 7 Pro gunakan USB-C untuk mengecas manakala OPPO F11 Pro ada mikro-USB.

Yang mana satukah pilihan anda bila ia dilancarkan kelak?

Artikel Redmi Note 7 dan OPPO F11 Pro Rebut Tarikh Pelancaran muncul pertama kali di SoyaCincau.com.

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon