macbook-air-3

Apple MacBook Air Akan Turun Harga ?

Seperti kita ketahui, Apple mempunyai pelbagai model untuk setiap sekmen pengguna mereka. Setiap siri laptop Apple menyasarkan kepada sekmen yang berbeza-beza dengan spesifikasi yang berbeza, sebagai contoh untuk MacBook Pro memiliki harga yang relatif lebih tinggi kerana disasarkan untuk pasaran profesional yang memerlukan spesifikasi yang tinggi dan berbagai fungsi yang tidak ada pada laptop Apple lain.

Seperti yang di kongsi oleh Ubergizmo, mengatakan bahawa perbezaan harga yang tidak banyak antara sesuatu model membuatkan konsumer lebih memilih untuk membayar sedikit lebih tinggi untuk mendapatkan spesifikasi yang lebih baik. Hal ini sendiri merupakan sesuatu yang hendak diubah oleh Apple.

Berdasarkan laporan di internet, CEO Tim Cook telah mengatur strategi baru bersama dengan pelabur dimana Apple akan menurunkan harga jualan MacBook Air yang awalnya dijual dengan harga sekitar USD1200. Hal ini bukan pertama kali Apple mengubah strategi penjualannya dengan menurunkan harga jualan. Sebelum ini juga ada ura-ura Apple Inc ingin menurunkan harga jualan iPhones untuk meningkatkan jualannya.

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon