Ideapad C340

AMD dan Intel Hadir Pada Laptop Lenovo IdeaPad C340

Di MWC 2019 yang lalu, Lenovo memperkenalkan Lenovo IdeaPad C340. Lenovo IdeaPad menggunakan panel sentuh berukuran 14 inci dengan resolusi FHD 1080P dengan stylus pen. Selain itu, laptop ini dilengkapi Rapid Charge USB C, webcam dengan triblock privasi dan dual speaker yang dilengkapi dengan Dolby Audio.

Lenovo IdeaPad C340 ini mempunyai dua variasi prosesor dengan spesifikasi varian Intel dengan pilihan prosesor Intel Pentium 5405U, Intel Core i3 8145U, Intel i5 8265U dan Intel i7 8565U dan graphics Geforce MX 230. Manakala untuk variasi AMD menggunakan pilihan processor AMD Athlon 300U, Ryzen 3 3200U, Ryzen 5 3500U dan Ryzen 7 3700U serta menggunakan IGP Radeon RX Vega 10. Lenovo IdeaPad C340 dikatakan memiliki daya tahan bateri sehingga 8 jam.

Untuk model ini kapasiti RAM yang ditawarkan mulai dari 4GB hingga 16GB, serta storan dengan pilihan SSD PCIe mulai dari 128 GB hingga 512 GB atau terdapat juga pilihan hybrid menggunakan SSD 128GB + HDD 1TB. Lenovo IdeaPad C340 akan dijual dengan harga mulai dari €599 atau sekitar USD 680, baik untuk versi AMD mahupon Intel. Belum diketahui model ni akan berada di pasaran Malaysia atau tidak.

Sumber Bhinneka

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon