Xbox One S

Console Xbox One S Edisi All-Digital Akan Dibuka Pra-Tempahan Pada April 2019

Industri game mulai masuk ke dalam era digital? Walaupun membeli game versi fizikal masih menjadi pilihan di beberapa negara, tetapi kebanyakan gamer mula membeli game secara digital, selain lebih mudah tanpa perlu beranjak dari rumah untuk mencari dan membelinya, game versi digital juga tidak memerlukan tempat di ruangan anda untuk menyimpan game tersebut dan selalunya membeli secara digital mungkin anda dapat harga dan promo yang lebih menarik.

Walaupun belum disahkan oleh Microsoft sendiri, khabar terbaru yang dikongsi Windows Central mempercayai bahawa sebuah varian Xbox One S saat ini tengah dibangunkan sebagai “All-Digital Edition”, versi terbaru Xbox One S yang kod projek diberi nama “Xbox Maverick” dan tidak menyertakan disc-drive sama sekali. Satu-satunya cara untuk menikmati game yang ada melalui proses muat turun dan membeli secara digital .

Xbox One S All-Digital Edition ini akan diperkenalkan di pertengahan April 2019 dan dijual sekitar bulan Mei 2019 nanti.

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon