Facebook Instagram WhatsApp

Facebook, WhatsApp dan Instagram Bermasalah

Pengguna tiga media sosial, Facebook, Instagram dan WhatsApp mengalami masalah gangguan berikutan perubahan sistem belakang melibatkan pelayan di kawasan tertentu.

Berikutan ketiga-tiganya dinaungi syarikat yang sama, pengguna akan mendapati kesukaran mengepos gambar dan melakukan aktiviti di dalam Facebook.

Manakala bagi Instagram, masalah yang dihadapi termasuk ‘error’ ketika suapan kemaskini gambar-gambar.

Masih boleh bermesej seperti biasa, WhatsApp hanya mengalami gangguan menghantar gambar dan dokumen.

Masalah-masalah yang berlaku ini diakui sendiri Facebook dan ia dijangka selesai secara berperingkat dalam tempoh beberapa jam.

Artikel Apabila Facebook, WhatsApp dan Instagram bermasalah, dunia seakan kiamat kecil muncul pertama kali di TheSkop.

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon