iPhone 5S

Kos Baik Pulih iPhone 5S

iPhone 5S mula dijual pada September 2013. Bermakna hampir 6 tahun umurnya. Namun jika dilihat model ini masih berada di pasaran dan dijual di kedai-kedai pihak ketiga.

Di sini saya ingin berkongsi kos-kos yang mungkin anda bakal keluarkan sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada model iPhone 5S. Setiap komponen yang dipaparkan adalah komponen yang bukan datang daripada Apple.

Untuk baikpulih di Apple saya sendiri merasakan ianya sudah tak berbaloi. Harga-harga yang dipaparkan semuanya diambil terus daripada Shopee. Sebarang kerosakan yang mungkin berlaku adalah tanggungjawab anda sendiri.

Penggantian Skrin

Jika fon anda skrinnya pecah anda memerlukan digitizer baharu untuk membolehkan anda menggunakan semula fon anda.

Kos – RM35.00 (mungkin ada yang lagi murah namun ianya mungkin berlainan kualiti)

Tahap Kesukaran – 5 (1 paling mudah dan 10 paling susah)

Masa Penggantian – 20 minit

 


Penggantian Charging Port

Sekiranya anda menghadapi masalah mengecas fon anda atau picu audio anda tidak kedengaran anda harus membuat penukaran komponen ini.

Kos – RM14.29

Tahap Kesukaran – 5 (1 paling mudah dan 10 paling susah)

Masa Penggantian – 20 minit


Penggantian Butang On/Off

Jika fon anda butang on/off atau butang volume rosak komponen ini harus digunakan untuk baikpulih

Kos – RM11.90

Tahap Kesukaran – 7 (1 paling mudah dan 10 paling susah)

Masa Penggantian – 40 minit


Penggantian Bateri

Setiap fon baterinya mempunyai jangka hayat sekitar 2 tahun bergantung kepada komponen. Jika anda dapati daya ketahanan bateri fon anda tidak seperti dulu mungkin dah sampai masa untuk anda buat penukaran

Kos – RM17.80 sehingga RM150.00

Tahap Kesukaran – 3 (1 paling mudah dan 10 paling susah)

Masa Penggantian – 10 minit

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon