Fast charging

iPhone 2019 mungkin datang dengan pengecas pantas 18W

Macotakara blog daripada Jepun yang selalunya membuat laporan yang hampir tepat baru-baru ini untuk model baru iPhone bagi tahun 2019 akan didatangkan dengan pengecas 18W fast charging dan kabel sambungan USB-C kepada lightning.

Sebelum ini semua pengecas yang didatangkan dengan iPhone baru hanya berkuasa 5W walaupun model-model seperti siri iPhone 8, iPhone X dan iPhone Xs mempunyai keupayaan pengecas pantas.

Pengeluar lain seperti Samsung, OPPO, OnePlus bagi setiap model yang mempunyai keupayaan pengecasan pantas, plug yang didatangkan sudah berkeupayaan untuk mengecas fon sepantas 1 jam lebih.

Menurut Macotakara juga besar kemungkinan iPhone tahun ini tidak akan ada keupayaan mengecas peranti lain seperti yang ada di model Samsung Note 9 dan siri Mate 20.

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon