Samsung DDR4

Samsung Umum Penghasilan Pukal DDR4 Generasi 3 Tak Lama Lagi

Perusahaan semikonduktor Samsung hari ini mengumumkan yang mereka bakal menghasilkan secara pukal, DDR4 RAM generasi ketiga dalam masa kurang daripada tiga bulan daripada sekarang.

Pengenalan DDR4 edisi 1z-nm untuk menggantikan edisi 1y-nm kerana ia membolehkan Samsung mempertingkat produktiviti sebanyak 20 peratus berbanding sebelum ini. Hal ini penting untuk memenuhi permintaan pasaran yang kian mencanak.

Inovasi Samsung dalam DDR4 1z-nm dilihat penting kerana ia bakal menjadi batu asas dalam evolusi peralatan elektronik ke dunia DDR5, LPDDR5, DDR6 dan seterisnya.

Sebagai persediaan untuk DDR4 1z-nm, mereka kini giat menaik taraf kilang di Pyeongtaek serta menjalin kerjasama dengan serata pengeluar CPU bagi memastikan RAM yang dihasilkan boleh berfungsi dengan produk mereka.

[Sumber: Samsung]

Artikel Samsung Umum Penghasilan Pukal DDR4 Generasi 3 Tak Lama Lagi muncul pertama kali di SoyaCincau.com.

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon