Satu ketika dulu, Xiaomi Mi A1 adalah tempat yang dituju untuk pengguna yang inginkan pengalaman Android tulen tanpa perlu mengeluarkan belanja besar membeli produk seperti Google Pixel. Tapi Mi A2 seperti kurang mendapat sambutan kerana tiada perubahan ketara dikesan berbanding generasi sebelumnya. Namun, untuk iterasi ketiga siri Android One ini, Xiaomi merancang untuk kembali bersaing.
Perbandingan Mi A1 & Mi A2
Mi A1 | Mi A2 | |
Paparan | 5.5″ HD Penuh | 5.99″ HD Penuh |
Pemproses | Snapdragon 625 | Snapdragon 660 |
RAM | 4GB | 4GB 6GB |
Storan | 32GB 64GB | 32GB 64GB 128GB |
Kamera belakang | 12MP 12MP (2× zum) | 12MP 20MP |
Kemera depan | 5MP | 20MP |
Bateri | 3,080mAh Pengecasan Pantas | 3,010mAh Pengecasan Pantas |
Hal ini kerana, Xiaomi dikesan sedang menguji tiga buah produk, dua daripadanya dipercayai tergolong dalam program Android One dan satu lagi adalah untuk pasaran China saja. Ia selari dengan amalan mereka sejak Mi A1.
Mi A1 (kiri) & Mi A2 (kanan)
Menariknya, ketiga-tiga telefon ini dilaporkan memiliki pengimbas cap jari tertanam dalam skrin. Selain maklumat itu, tiada pula maklumat tentang spesifikasi berjaya dikorek.
Spekulasi kuat menyatakan yang ia mungkin dikuasakan CPU Snapdragon 660/710 untuk menggantikan Snapdragon 625 dan 630 yang banyak digunakan dalam produk Xiaomi antara tahun 2017-2018.
[Sumber: XDA Developer]
Artikel Dua Telefon Android One Dikesan Dibangunkan Xiaomi muncul pertama kali di SoyaCincau.com.