Digi pula hadapai gangguan rangkaian, dijangka pulih dalam 4 jam

Baru 2 hari lepas pengguna U Mobile diuji dengan ketiadaan rangkaian dan internet, pagi ini musibah tersebut menimpa pengguna Digi pula. Penulis yang juga pengguna Digi dikejutkan dengan kehilangan rangkaian ketika sedang asyik di bilik termenung melungsuri media sosial sekitar jam 8 pagi ini

Pengguna Digi di twitter dilihat telah memuat naik banyak kicauan membuat aduan ketiadaan rangkaian. Ada yang melaporkan masih terhubung tetapi kelajuan internet sangat perlahan.

Digi pula dilihat baru membalas aduan pengguna di media sosial dan memaklumkan terdapat gangguan tidak berjadual. Kerja baik pulih sedang giat dijalankan dan dijangka selesai dalam tempoh 4 jam. Maknanya sekitar pukul 12-1pm.

Minggu lepas, Yoodo turut berhadapan masalah rangkaian selama hampir sehari. Beberapa hari kemudian, Yoodo menawarkan 3GB data percuma buat pengguna sebagai tanda minta maaf terhadap gangguan yang berlaku.

Dipetik daripada Soya Cincau

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon