Restoran Gomonae

Kalau anda peminat makanan Korea anda harus cuba restoran ini

Tak perlu cerita tentang restoran korea yang kena beratur panjang untuk duduk makan. Itu semua terlalu ‘urban’ buat penggemar makanan korea asli.

Kalau nak tahu dimana tempat yang menyediakan makanan korea yang rasanya sama seperti di Korea, boleh lah cuba Restoran Gomonae.

Restoran Gomonae ini berlokasi di Aras 1, Pusat membeli belah Ampang Point, Ampang. Pemilik restoran ini merupakan orang Korea. Jadi tak pelik lah kalau rasa masakan disini sama seperti di Korea. Waktu operasi restoran ini bermula setiap hari dari jam 10 pagi sehingga jam 10 malam.

Antara menu yang menjadi pilihan pengunjung ialah sundubu jjigae berharga RM16. Buat penggemar rasa pedas boleh lah mencuba sundubu jjigae ni. Kuahnya yang pekat dipenuhi tauhu dan stok lala dan sotong kecil. Tapi kalau tak suka dengan makanan pedas, jangan risau. Sebaliknya boleh pilih menu lain yang banyak lagi tersedia.

Selain daripada itu, setiap sajian di hidangkan bersama-sama dengan dua jenis hidangan sampingan. Kebiasaannya ialah kimchi dan campuran sayuran (lobak merah dan ubi kentang)

Halal ke?

Restoran ini merupakan restoran korea halal. Hampir kesemua pelanggan datangnya daripada mereka yang berbangsa melayu. Pekerja-pekerja di restoran ini juga terdiri daripada orang islam. Mereka yang dibelakang tabir yang menyiapkan masakan sambil dipantau pemilik restoran.

Ingin juga saya kongsikan pengalaman saya ketika melancong di Korea, apabila pemandu pelancong kami daripada agensi Apple (sebuah agensi pelancongan) bertanyakan tentang restoran korea ini. Macam tak percaya pula bila orang korea di sana juga turut tahu tentang restoran ini. Katanya, setiap kali ke Malaysia pasti dia akan singgah makan di situ. Hebat juga Restoran Gomonae ni sehingga menjadi buah mulut orang di sana.

Restoran ini tidak lah cantik mahupun nampak mewah. Tapi ianya sangat kemas dan teratur. Yang penting bersih dan sesuai untuk keluarga. Jadi, jika mahukan rasa masakan Korea ala-ala seperti di ‘Korean Street’ Korea, boleh datang dan cuba sendiri makanan di Restoran Gomonae.

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon