Celcom eSIM

Celcom mula menawarkan eSIM untuk iPhone

Mengikut jejak langkah Maxis dan XOX, Celcom hari ini mengumumkan mereka sedia menawarkan perkhidmatan eSIM untuk pelanggan Celcom. Ia boleh mula digunakan di telefon pintar iPhone XS, XS Max dan XR.

Sempena pelancaran eSIM ini, Celcom dilihat mahu belanja seorang pengguna eSIM bertuah dengan hadiah berupa telefon pintar iPhone XR. Maklumat lanjut akan diumumkan di Facebook Celcom esok.

Untuk mula menggunakan eSIM, pelanggan Celcom perlu mengunjungi Bluecube terlebih dahulu. Pegawai Celcom akan membantu untuk mengimbas kod QR di telefon yang berkenaan dan ia akan boleh digunakan selepas itu.

Untuk masa sekarang, hanya pelanggan prabayar Celcom dan Xpax yang boleh menggunakan eSIM. Pelan tersebut ialah:

  • XPAX Postpaid 50
  • Celcom Mobile Gold
  • Celcom Mobile Gold Plus
  • Celcom Mobile Gold Supreme
  • Celcom Mobile Platinum
  • Celcom Mobile Platinum Plus
  • Celcom Mobile Family

Pelanggan baru tidak akan dikenakan caj untuk mengaktifkan eSIM. Pelanggan lama pula, akan dikenakan caj RM5 untuk bertukar ke eSIM jika bersama Celcom kurang dari setahun. Untuk pelanggan yang sudah bersama Celcom lebih dari setahun, ia adalah percuma.

Jika mahu bertukar peranti, atau tersilap memadamkan tetapan eSIM di telefon, pelanggan perlu kembali ke Bluecube untuk membuat semula tetapan eSIM. Caj yang dikenakan adalah sama seperti yang dimaklumkan tadi.

Buat masa ini, hanya telefon pintar iPhone XS, XS Max dan XR menyokong eSIM Celcom. Celcom akan memaklumkan sebarang tambahan peranti yang menyokong eSIM apabila ia tersedia kelak.

Kepada pelanggan Celcom yang mahu menggunakan eSIM, segera ke Bluecube terdekat bermula hari ini untuk mengaktifkannya. Maklumat lanjut berkenaan terma dan syarat, boleh dirujuk di laman eSIM Celcom.

Artikel Celcom mula menawarkan eSIM untuk iPhone muncul pertama kali di SoyaCincau.com.

Dipetik daripada Soya Cincau

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon