Kemerosotan Jualan iPhone Jejaskan Keuntungan Samsung

Januari yang lalu, Apple mengeluarkan kenyataan mengejut yang mereka terpaksa menyemak semula unjuran keuntungan suku pertama 2019 kepada para pelaburnya. Tempias itu turut dirasai oleh Samsung, antara pembekal utama komponen elektronik dalam iPhone.

Dalam laporan terkini di Reuters, Samsung turut menyemak semula keuntungan suku pertama 2019 dan mereka menjangkakan penurunan lebih 50% kepada keuntungan operasi, dari KRW 15.6 trillion kepada KRW 7.2 trillion.

Samsung tidak menyatakan apakah sebab utama mereka menyemak semula unjuran tersebut. Tapi menurut penganalisa, ia berkemungkinan besar kesan daripada merudumnya penjualan iPhone. Ia menyebabkan lambakkan modul RAM dan panel display dalam inventroi mereka.

Selain itu, harga pasaran RAM juga dikesan menurun lebih 20% daripada angka purata, menurut DRAMeXchange.

[Sumber: Reuters, gambar pemuka]

Dipetik daripada Soya Cincau

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon