Facebook, Messenger, Instagram, dan WhatsApp keempat-empat aplikasi ini sedang mengalami gangguan buat pengguna di seluruh dunia semalam. Kesemua aplikasi ini dimiliki oleh Facebook dan ramai di kalangan kita tidak dapat mengaksesnya.
WhatsApp juga menerima nasib yang sama. Dikhabarkan di Malaysia masalah ini bermula lebih kurang jam 6.00 petang.
Kami ingin berkongsi sekiranya perkara ini berulang anda sebenarnya boleh semak di Downdetector.com. Web ini memberikan maklumat secara lansung servis-servis aplikasi utama di dunia samaada mempunyai masalah atau tidak.
Jika anda mengalami gangguan macam yang berlaku semalam dan anda dah restart fon anda dan masih sama, anda boleh lawat web tersebut untuk mengetahui perihal yang tengah berlaku.
Sebelum ini juga Facebook mengalami gangguan yang sama. Facebook juga menyalahkan “perubahan konfigurasi pelayan,” dan memohon maaf atas gangguan itu.