Sebelum ini ada admin kongsikan cara buka WhatsApp tanpa perlu simpan nombor dan membuat screenshot menarik. Hari ini admin nak ajar bagaimana anda boleh muat turun video daripada Youtube bagi menjimatkan data jika nak tengok dalam perjalanan contohnya. Jadi dengan menggunakan skrip ini boleh muat turun siap-siap di rumah menggunakan WiFi.
Time needed: 5 minutes.
- Muat Turun Skrip
Muat turun skrip ini di sini menggunakan Safari dan aktifkan dalam iPhone anda. Setelah diaktifkan anda boleh nampak skrip ini di dalam aplikasi Shortcuts anda.
https://www.icloud.com/shortcuts/55c40ddede89404a8cc5ff666edcc32b
- Pastikan iPhone iOS 13
Sila ambil maklum skrip ini dibina dan besar kemungkinan hanya sesuai untuk pengguna iPhone dengan iOS 13 dan tidak sesuai dengan iOS sebelumnya. Jika keluar notifikasi “Don’t allow untrusted shortcuts”, pergi ke Settings – Shortcuts – Allow Untrusted Shortcuts.
Ini hanya harus dilakukan sekali sahaja. Jika anda tidak jumpa pilihan tersebut, buka aplikasi Shortcuts dan tekan Gallery. Muat turun satu skrip berada di situ dan kemudian pilihan Allow Untrusted Shortcuts akan muncul. Jika masih tidak muncul, matikan iPhone dan hidupkan kembali.
Jika anda sudah pernah menggunakan skrip daripada pihak ketiga langkah ini boleh diabaikan. - Skrip Telah Berjaya
Jika anda berjaya membuat langkah pertama dan kedua, skrip tersebut akan tersenarai dalam paparan senarai Shortcuts anda.
- Cara Penggunaan
Buka aplikasi Youtube dan video anda ingin muat turun tekan butang Share. Akan ada pilihan Download Youtube. Skrip kemudian akan muat turun video tersebut dan akan sedikit mengambil masa bergantung durasi video dan kualiti.
Untuk pengetahuan anda muat turun video Youtube melanggar terma dan syarat Youtube. Kami tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang masalah.