Apple TV

Anda sudah boleh mula melanggan Apple TV+

1 November 2019 lepas Apple TV+ sudah boleh dinikmati oleh 100 lebih negara termasuk Malaysia.

Anda sudah boleh melanggan dengan tempoh 7 hari percubaan dan selepas itu akan dikenakan sebanyak RM19.90 sebulan. Langganan ini dapat dikongsi dengan 5 orang lagi menggunakan fungsi Famili Sharing.

Untuk menggunakan Apple TV+ ini untuk iPhone anda harus sekurang-kurangnya menggunakan iOS 12.3 ke atas dan MacOS Catalina untuk komputer riba Apple.

iPhone Apple TV
iPhone Apple TV

Apple telah menjanjikan setiap bulan akan ada penambahan rancangan baru dan platfom ini akan bebas daripada sebarang iklan. Setakat hari ini rancangan seperti “The Morning Show” dibintangi oleh Jennifer Aniston dan Reese Witherspoon, “Snoopy in Space,” See dibintangi oleh Jason Mamoa, “Ghostwriter,” “Dickinson,” dan banyak lagi.

https://youtu.be/eA7D4_qU9jo

Jika anda menggunakan pelayar web, anda boleh gunakan pautan tv.apple.com untuk menonton Apple TV+ atau untuk iPhone dan iPad anda boleh menggunakan aplikasi Apple TV.

iPad OS Apple TV
iPad OS Apple TV

Pendapat kami, tunggu dulu kerana awal-awal ini tidak banyak sangat lagi rancangan yang menarik. Apa-apa pon ini merupakan perkembangan yang menarik dan bakal memberi persaingan kepada Netflix yang sebelum ini kelihatan sangat selesa.

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon