Inilah keluh kesah yang kerap admin lihat di pelbagai platform sosial media. Setakat penggunaan iPhone baru admin, peratusan bateri telah merosot sebanyak 3% kesihatan bateri yang dipaparkan dalam tetapan iPhone.
Alamak dah turun 3% tahap kesihatan bateri iPhone 11 Pro Max
Netizen
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Apple sendiri, bacaan ini hanyalah jangkaan sahaja. Untuk membuat bacaan lanjut boleh semak di pautan Apple tentang tatacara memahami dengan lebih lanjut tentang fungsi kesihatan bateri ini https://support.apple.com/en-us/HT208387
Bagi pengguna iPhone jika tahap kesihatan bateri anda berada di bawah 75% dinasihatkan untuk membuat penukaran bateri. Namun jika anda tak buat penukaran pon tak apa cuma iPhone anda akan berasa sedikit perlahan.
Bateri Kapasiti Maksimum 100% Bateri Kapasiti Maksimum 79% Kapasiti Bateri Tidak Diketahui Bateri Kapasiti Maksimum 95% Carta Penggunaan Bateri Kapasiti Bateri Tidak Diketahui
Apabila peratusan bateri berada pada paras yang optimum ( kurang 75%) yang telah ditetapkan oleh pihak Apple, iOS akan memperlahankan prestasi pemprosesan iPhone tersebut secara automatik.
Ini dilakukan bagi memanjangkan jangka hayat iPhone tersebut dan juga untuk mengelakkan iPhone restart secara rawak tanpa sebab.
Pada hemat admin, secara umumnya kesihatan bateri akan merosot sekitar 10% ke 12% peratus bagi pengguna yang cas secara sistematik dan tidak ‘over charge’ semalaman.
Jika dalam tempoh waranti kesihatan bateri menunjukkan bacaan yang kurang logic seperti saya nyatakan di atas dan juga kerap terasa panas walaupun dalam penggunaan minimum, dinasihatkan untuk berkunjung ke pusat servis Apple untuk membuat diagnos dan jika harus ditukar selagi dalam tempoh waranti ia adalah percuma.
Apa-apa pon jadilah pengguna bijak.