Apa itu phishing

Apa itu Phishing dan cara mengenalinya?

Phishing adalah bertujuan untuk menipu selalunya dilakukan menerusi e-mel untuk mencuri maklumat peribadi seseorang. E-mel Phishing biasanya muncul seperti ianya daripada organisasi yang sangat dikenali dan meminta maklumat peribadi anda seperti nombor kad kredit, nombor akaun atau nama-nama login dan kata laluan. Di Malaysia, sebahagian besar serangan phishing dikesan mensasarkan kepada pengguna perbankan internet dan muslihat mereka adalah untuk mendapatkan maklumat kewangan mangsa.

Bagi membolehkan penjenayah Phishing mendapatkan maklumat peribadi anda, mereka akan mengarahkan anda ke laman web yang kelihatan seolah-olah seperti sebuah laman perbankan internet yang sah tetapi ianya adalah palsu. Hal ini dilakukan dengan menghantar e-mel yang menyamar datang dari bank anda dengan link(pautan) tersembunyi yang membawa anda ke laman web palsu  apabila  diklik. Apabila anda mengisi butiran dan menghantar melalui laman web palsu berkenaan, maklumat tersebut dapat diperolehi oleh para penjahat siber untuk mendapatkan akses ke akaun perbankan internet anda.

Admin pasti setiap daripada kita yang mempunyai e-mel sekurang-kurangannya akan menerima sekali e-mel phishing ini atau lebih. E-mel seperti ini bertujuan untuk mendapatkan seberapa banyak data daripada anda untuk penjenayah mencapai apa yang mereka kehendaki.

Apa itu phishing
Bank di Malaysia dengan perbankan atas talian

Adalah amat jarang organisasi besar seperti domain perbankan, Facebook, Google akan meminta pengguna mereka menukar kata laluan anda. Sekiranya terdapat keperluan untuk berbuat demikian jangan sesekali gunakan link yang dikongsikan dalam emel tersebut. Seeloknya taip sendiri di dalam pelayar (browser) anda.

Phishing lewat ini sebenarnya tidak hanya melalui e-mel bahkan sekarang ini dilakukan menerusi SMS, WhatsApp dan sebagainya. Anda harus bijak untuk mengenali sekiranya perkara tersebut adalah phishing. Terdapat banyak juga kes phishing ini dilakukan menerusi medium WhatsApp mengatakan anda telah memenangi sejumlah wang dan harus berkongsi sedikit informasi sebelum pihak mereka boleh memberikan hadiah tersebut kepada anda. Adalah tidak masuk akal organisasi besar menghubungi anda melalui WhatsApp dan dalam masa yang sama anda pon tidak menyertai apa-apa pertandingan.

Apa-apa pon jika berlaku apa-apa situasi di atas jangan mudah panik atau teruja. Cuba tanya kawan sebelah anda atau rakan yang lebih arif. Sekiranya sesuatu itu kedengaran indah khabar daripada rupa, selalunya perkara tersebut sememangnya phishing.

Sumber rujukan MCMC Malaysia dan diolah semula oleh admin.

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon