Projek Treble – Google berkerjasama dengan Qualcomm untuk mempercepatkan kemaskini Android

Kerjasama antara Google dan Qualcomm untuk Projek Treble seperti yang di laporkan oleh The Verge memperlihatkan sokongan kemaskini Android yang lebih lama akan diberikan. Seperti kita sedia maklum peranti Android selalunya menerima kemaskini yang lebih singkat berbanding pesaingnya iOS.

Inisiatif Projek Treble ini sebenarnya telah diumumkan oleh Google pada awal tahun 2018 lagi. Dengan kehadiran pihak Qualcomm kini memungkinkan projek ini akan lebih mendapat impak yang lebih tinggi.

Matlamat Projek Treble ini sebenarnya adalah untuk memudahkan pengeluar telefon pintar untuk menaiktaraf lebih pantas, mudah dan murah berbanding sebelum ini.

Berbanding Apple, pengeluar Android seperti Samsung, XiaoMi, Sony dan banyak lagi memperkenalkan lebih daripada 15 model baharu setiap tahun dan keadaan ini menyulitkan pihak mereka untuk memberikan naiktaraf yang sewajarnya untuk peranti tersebut.

Projek Treble
Projek Treble

Kemaskini selepas ini tidak hanya kepada peranti yang terpilih (selalunya peranti berstatus premium) sahaja seperti sebelum ini, tetapi akan diterima oleh semua peranti yang dikuasakan oleh Snapdragon dari kelas permulaan sehingga kelas premium berbanding sebelum ini kebanyakan naiktaraf hanya dinikmati oleh peranti dengan cip kelas premium.

Melalui laporan yang disiarkan, Google dan Qualcomm akan menyokong kemaskini sehingga tiga tahun bagi kemaskini utama danempat tahun bagi kemaskini tampalan sekuriti. Inisiatif seperti ini kelihatan sangat bagus oleh kerana setiap peranti dapat ditampal sekiranya terdapat pepijat yang boleh memberikan masalah sekuriti kepada pengguna.

Sebelum ini, hanya beberapa pengeluar sahaja yang memberikan kemaskini sehingga tiga tahun iaitu Pixel , OnePlus dan juga Samsung. Dengan kerjasama ini, pengguna Android bakal menikmati kemaskini yang lebih panjang.

Saya berharap projek ini akan diteruskan supaya kita sebagai pengguna mendapat manfaat daripadanya sebagai pengguna Android.

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon