Warning: is_readable(): open_basedir restriction in effect. File(/includes/fbwpml.php) is not within the allowed path(s): (/www/pisangpanas_744/public:/www/pisangpanas_744/mysqleditor:/www/pisangpanas_744/web:/www/pisangpanas_744/deploy:/www/pisangpanas_744/deployment:/www/pisangpanas_744/deployments:/usr/share:/tmp) in /www/pisangpanas_744/public/wp-content/plugins/facebook-for-woocommerce/includes/Integrations/Integrations.php on line 61

Warning: is_readable(): open_basedir restriction in effect. File(/includes/Integrations/Bookings.php) is not within the allowed path(s): (/www/pisangpanas_744/public:/www/pisangpanas_744/mysqleditor:/www/pisangpanas_744/web:/www/pisangpanas_744/deploy:/www/pisangpanas_744/deployment:/www/pisangpanas_744/deployments:/usr/share:/tmp) in /www/pisangpanas_744/public/wp-content/plugins/facebook-for-woocommerce/includes/Integrations/Integrations.php on line 61
Ambil cakna soal plug iPhone dan kabel untuk memanjangkan jangka hayat iPhone anda | Pisang Panas

Ambil cakna soal plug iPhone dan kabel untuk memanjangkan jangka hayat iPhone anda

Dengan pelancaran siri iPhone 12 setiap unit tidak lagi disertakan dengan plug iPhone sebagai langkah Apple untuk lebih mesra alam. iPhone model yang lain juga sudah tidak akan lagi disertakan dengan plug kecuali unit lama. Walaupon begitu Apple masih menyertakan kabel pengecasan di dalam kotak.

Semenjak iPhone 5, Apple menyertakan plug dengan keupayaan 5W sehinggalah iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max dimana ianya didatangkan dengan plug 18W USB-C.

Plug iPhone
Plug iPhone

iPhone 8 merupakan siri pertama daripada Apple yang didatangkan dengan keupayaan pengecasan pantas yang membolehkan bateri dicas daripada 0 peratus ke 50 peratus dalam masa hanya 30 minit. Namun pada ketika itu Apple tidak menyertakan sekali plug dengan keupayaan berikut dan hanya menyertakan plug berkuasa 5W sahaja. Untuk mendapatkan manfaat pengecasan pantas anda haruslah menggunakan plug kabel Apple USB-C-to-Lightning dan salah satu daripada plug ini: Apple 18W, 29W, 30W, 61W, 87W or 96W USB-C Power Adapter; atau plug daripada pihak ketiga yang menyokong USB-PD (Power Delivery).

Plug dengan sokongan USB-PD ini banyak berada di dalam pasaran dan lazimnya harganya lebih daripada RM80 dan keatas bergantung kepada jenama dan juga jumlah watts yang mampu dibekalkan. Anda boleh menggunakan mana-mana jenis watts dan iPhone anda hanya akan menyelaraskan jumlah watts yang hanya mampu disokong oleh unit tersebut. Inilah salah satu ciri yang terdapat pada USB-PD.

Lightning to Type-C
Lightning to Type-C

Plug USB-PD mengikut spesifikasi mampu menyokong sehingga 100 watts. MacBook Pro 16 yang dilancarkan pada 2019 dibekalkan dengan plug USB-PD 96 watts. Setiap peranti dengan keupayaan USB-PD ni jenis kabel juga memainkan peranan. Ini kerana untuk USB-PD dengan keupayaan 96 watts spesifikasi kabelnya berbeza dengan kabel USB-PD 18W. Misalanya anda mengecas peranti yang berkupayaan USB-PD 29W tetapi hanya menggunakan spesifikasi kabel untuk USB-PD 18W, anda tidak dapat menikmati kuasa sepenuhnya untuk 29W.

Untuk pengetahuan anda terdapat pelbagai teknologi pengecasan kini terdapat di pasaran. Umum Apple menggunakan USB-PD dalam hampir kebanyakan peranti mereka, Huawei pula menggunakan Huawei’s SuperCharge manakala Samsung menggunakan Adaptive Fast Charging.

Sekiranya anda menggunakan plug dengan teknologi Huawei’s SuperCharge di iPhone misalannya, anda tidak mungkin mendapat manfaat pengecasan pantas. Sekiranya anda menggunakan plug tersebut dalam masa jangka masa yang panjang dan berulang besar kemungkinan akan merosakkan iPhone anda.

Kebanyakan teknologi pengecasan ini adalah teknologi yang berlesen dan hanya mampu dimanfaatkan penuh untuk jenama mereka sahaja. Anda harus ambil cakna dalam soal pengecasan ini. Sekiranya anda menjaga soal tersebut, jangka hayat peranti anda akan lebih panjang dan dapat digunakan secara optimum. Anda harus juga hanya menggunakan kabel dan plug dengan status MFI sahaja.

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon