Anda masih menggunakan aplikasi WhatsApp oleh Facebook?

Baru-baru ini pihak Facebook telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan berkongsi data pengguna WhatsApp untuk tujuan pengiklanan. Langkah ini sedikit sebanyak telah menimbulkan rasa kurang senang kebanyakan pengguna WhatsApp.

Selaras dengan langkah yang diambil oleh pihak Facebook, kebanyakan aplikasi permesejan lain telah menampakkan kenaikan pengguna baru. Antara contohnya aplikasi permesejan Signal. Signal pada amnya ialah aplikasi permesejan sulit yang dibangunkan oleh pihak Signal Foundation dan Signal Messaging yang menjanjikan penyulitan mesej end-to-end yang tidak boleh dipintas oleh sesiapa pun.

Dalam masa yang sama aplikasi permesejan Telegram turut menampakkan kenaikan pengguna baru yang tinggi. Menurut pihak Sensor Tower aplikasi Signal menunjukkan sebanyak 17.8 juta muat turun di Apple Store dan juga Google Play Store antara 5 hingga ke 12 Januari, perbezaan ketara pada minggu sebelumnya dimana muat turun hanya sebanyak 285,000 sahaja.

Manakala untuk aplikasi permesejan Telegram pula pada waktu yang sama menunjukkan sebanyak 15.7 juta muat turun berbanding minggu sebelumnya pada kadar 7.6 juta muat turun.

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon