Warning: is_readable(): open_basedir restriction in effect. File(/includes/fbwpml.php) is not within the allowed path(s): (/www/pisangpanas_744/public:/www/pisangpanas_744/mysqleditor:/www/pisangpanas_744/web:/www/pisangpanas_744/deploy:/www/pisangpanas_744/deployment:/www/pisangpanas_744/deployments:/usr/share:/tmp) in /www/pisangpanas_744/public/wp-content/plugins/facebook-for-woocommerce/includes/Integrations/Integrations.php on line 61

Warning: is_readable(): open_basedir restriction in effect. File(/includes/Integrations/Bookings.php) is not within the allowed path(s): (/www/pisangpanas_744/public:/www/pisangpanas_744/mysqleditor:/www/pisangpanas_744/web:/www/pisangpanas_744/deploy:/www/pisangpanas_744/deployment:/www/pisangpanas_744/deployments:/usr/share:/tmp) in /www/pisangpanas_744/public/wp-content/plugins/facebook-for-woocommerce/includes/Integrations/Integrations.php on line 61
Galaxy S21 – Samsung Pay tidak lagi mempunyai fungsi ‘magnetic card’ | Pisang Panas
Galaxy S21

Galaxy S21 – Samsung Pay tidak lagi mempunyai fungsi ‘magnetic card’

Sebelum ini Samsung Pay pada tahun 2015 datang dengan fungsi ‘magnetic card’ yang membolehkan anda menggunakan telefon Samsung untuk membuat pembayaran di mesin terminal berteknologi lama yang dipanggil Magnetic Secure Transmission (MST). Namun kini kebanyakan terminal mesin pembayaran banyak yang menggunakan teknologi NFC atau EMV.

Galaxy S21
Galaxy S21

Fungsi MST pada tahun ini telah tidak disertakan dalam Samsung Galaxy S21 yang baru sahaja dilancarkan. Fungsi MST ini juga tidak akan hadir untuk variasi Samsung Galaxy S21 yang dijual di Amerika Syarikat. Untuk variasi yang dijual di Malaysia pun fungsi ini tidak akan ada juga seperti mana yang telah dilaporkan oleh pihak Lowyat.net.

Namun untuk variasi lama Samsung Galaxy fungsi MST ini akan terus berfungsi seperti biasa. Umumnya, kami merasakan pengguna Samsung Pay di Malaysia tidak akan mempunyai masalah kerana Bank Negara Malaysia telah mewajibkan semenjak tahun 2017 setiap pembayaran menggunakan debit/kredit kad pengguna harus memasukkan PIN sebelum transaksi anda dapat diteruskan. Banyak juga para peniaga yang telah beralih kepada mesin pembayaran terminal yang menggunakan teknologi NFC atau EMV.

Share

Antara Produk Terlaris

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon