Samsung telah melancarkan Samsung Galaxy SmartTag di Malaysia pada minggu lepas. Produk ini boleh didapati pada tanda harga RM79 di laman rasmi mereka.

Namun untuk varian di Malaysia hanya terdapat satu varian iaitu varian yang hanya menggunakan Bluetooth. Satu lagi varian iaitu SmartTag+ yang menggunakan ultra-wide band tidak dijual di pasaran Malaysia. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh lihat di laman rasmi Samsung Malaysia.